Wednesday, January 24, 2018

Tips Menempah Kad Kahwin



Bilakah sesuai untuk kita menempah Kad Kahwin?
Ramai yang masih tertanya tanya bilakah waktu paling sesuai utk mereka menempah kad perkahwinan. Sebenarnya anda digalakkan menempah kira kira 2-3 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan.
Menempah di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Terutama sekali jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan datang menempah terlebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan agar kad dapat diedarkan dengan sempurna. Menempah di saat akhir juga banyak keburukannya. Bukan sahaja anda lewat mendapat kad kahwin yg ditempah tetapi anda juga kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin. Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin berlaku pada kad kahwin jika kelam kabut menyemak draf kad yg dibuat. Segalanya akan jadi serba tak kena.
Menempah kad perkahwinan terlalu awal juga kadang-kadang mendatangkan masalah juga. Mungkin anda akan bertukar tarikh dan tempat yg kita tidak ketahui di masa hadapan. Jadi buatlah perancangan sebaik baiknya sebelum anda menambil kata putus menjemput sanak saudara, rakan & sahabat ke majlis gemilang yang bakal anda raikan nanti.